Isnin, 4 Oktober 2010

KRITIKAN ULASAN IKLAN HARI RAYA

Watak Adibah Nor dan seorang lelaki yang bertumbuh gempal

PLOT

Watak dalam iklan ini dihidupkan oleh Adibah Nor sebagai pemandu teksi dan juga seorang lelaki yang bertubuh gempal yang baru pulang dari luar negara. Lelaki tersebut merupakan penumpang teksi adibah nor. Lelaki tersebut menyuruh Adibah Nor menghantarnya ke Kuala Pilah.Semasa dalam perjalanan, Adibah Nor memulakan bicara dan bertanya kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut menjawab yang dia baru pulang dari London melalui menggunakan loghat London. Seterusnya Adibah bertanya lagi sudah berapa lama tinggal di London? Lelaki tersebut menjawab tanpa jelas selama sepuluh hari. Dalam perjalanan, Adibah tiba-tiba menghentikan teksinya dan menyuruh lelaki tersebut berganjak ke sebelah tepi bahagian tempat duduk belakang. Adibah memecahkan kesunyian dengan memasang lagu raya untuk menghiburkan hati. Lelaki itu terhibur tetapi sukar untuk mengakuinya.

Adibah memohon maaf di atas masalah teknikal penghawa dingin teksinya kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut kepanasan lalu menanggalkan bajunya untuk mengurangkan kepanasan. Lelaki tersebut tertidur. Adibah hanya tersenyum melihat lelaki tersebut. Dalam perjalanan tiba-tiba Adibah menekan brek kereta teksinya dengan tiba-tiba. Lelaki tersebut terkejut sambil berkata dalam loghat Kuala Pilah "apo kono iden?". Adibah dengan loghat London mengatakan "tak ada apa-apa encik, itu kerbau lintas jalan" sambil tersenyum. Adibah meneruskan ke destinasi dan akhirnya senja menjelma baru mereka tiba. Adibah mengangkat barang lelaki tersebut dan bersalam dengannya sambil mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"

PENGHAKIMAN
-Bagi pendapat saya, iklan ini boleh ditonton oleh semua lapisan golongan. Hal ini kerana tidak terdapat unsur-unsur kekerasan mahupun keganasan. Malah kanak-kanak juga boleh menonton. Tambahan pula terselit kelucuan yang ditimbulkan oleh kedua-dua watak. Malah iklan ini turut menyelitkan unsur mengajaran supaya kita janganlah lupakan bahasa kita sendiri walaupun berada jauh di perantauan. Contohnya jelas dapat dilihat menerusi lelaki bertubuh gempal yang bercakap dalam loghat London meskipun berada di London selama sepuluh hari sahaja. Ini menggambarkan bahawa lelaki tersebut mahu menonjol-nonjolkan atau membesar-besarkan keberadaan dirinya di London. Selain itu, terselit nilai-nilai murni yang dapat dilihat menerusi watak Adibah Nor walaupun Adibah tidak mengenali lelaki tersebut. Hal ini dapat dilihat di mana Adibah mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan