Rabu, 11 Ogos 2010

IBUKU TERCINTA

IBU

Ibu

Kau bagai permata dan bahtera,
Yang menerangi jiwaku,
Selama sembilan bulan kau kandungiku,
Segala puncak kesabaranmu,
Menanti kelahiranku di muka bumi ini.

Ibu,
Aku sangat sayang padamu,
Aku yang merindukan kasih sayangmu,
Kau telah mendidikku,menjagaku,
Kau bersabar dengan setiap tingkah lakuku,
Sejak aku dilahirkan sehingga aku besar.

Ibu,
Dengan kasih sayangmu selama ini,
Aku tidak pernah kurang keramat kasih sayangmu,
Dengan nasihat dan teguranmu telah menyedarkan aku,
Kehidupan sekarang yang penuh pancaroba,
Mampu mempengaruhi dan melalaikan aku.

Ibu,
Walaupun sejuta kepenatanmu,
Kau tidak menunjukkan tanda keletihanmu,
Setiap hari kau memberikan senyuman manis,
Namun ku tahu kau amat menyayangi anakmu,
Yang merupakan anugerah yang tak ternilai buatmu.

Ibu,
Setiap hujung minggu kau datang menjengukku,
Di asrama supaya keramat kasih sayangmu tak terbahagi,
Kau ibarat layar dan kemudiku,
Untuk membimbingku ke arah yang betul,
Yang penuh dengan cabaran dan keperitan hidup.

Ibu,
Sewaktu menerima khabar aku diterima masuk ke universiti,
Ibuku amat gembira melihat aku berjaya,
Doakan ibuku selama ini telah termakbul,
Ibuku bersyukur akhirnya aku berjaya menjadi mahasiswa,
Senyumanmu tidak pernah lekang dari bibirmu.

Ibu,
Walaupun kini aku berjauhan darimu,
Ku tahu kau bimbangkan diriku,
Apa tidaknya aku sekarang merantau ke negeri orang,
Demi menyambung impian dan cita-citaku,
Yang ku impikan selama ini.

Ibu,
Setiap kata-katamu umpama mutiara bagiku,
Aku terasa sebak apabila terdengar suaramu,
Tiap-tiap minggu kau bertanya khabarku,
Memberi nasihat supaya aku tidak lalai erti kehidupan,
Walaupun berjauhan aku merasa kau menjagaku.

Ibu,
Pesananmu akan aku ingati,
Setiap masa walaupun berjauhan,
Aku perlu mengharunginya selama tiga tahun,
Di bumi Sintok ini,
Demi untukmu ibu..........

TERIMA KASIH IBU

CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF

1.Ragam aktif.
Maksud:Ayat pendek dan memberikan fokus kepada pelaku dan aksi yang diceritakan penulis.
Contohnya: Ibu
2.Bernada puitis.
Maksud:Kata-kata indah dan lembut dapat menimbulkan kesan keindahan kepada gambaran.
Contoh:Aku tidak pernah kurang (keramat kasih sayangmu)
3.Bahasa figuratif.
Maksud:mengantikan sesuatu itu dengan perkataan lain yang mempunyai hubungan yang jelas.
Contoh:Metonimi.
Di bumi (Sintok) ini
4.Bersifat ketaksaan.(ambiguiti)
Maksud:Penggunaan bahasa yang tersirat menyebabkan makna menjadi berlapis-lapis dan
tersembunyi sukar ditafsirkan tanpa penelitian yang mendalam.
Contoh:Segala puncak kesabaranmu.
5.Bersifat komunikatif.
Maksud:Menggambarkan apa yang dialami dan dirasai olehmu..
Contoh:Aku sangat sayang padamu.