Sabtu, 23 Oktober 2010

Mencari dinamik politik kampus

NOOR AMIRAH BINTI AB. AZIZ
203934

Pemerengganan

Ayat tesis
Fenomena "the angry young man" atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan latang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam meyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

Ayat topik
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

Perenggan deduktif
Pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukkan bagi kawasan kampus, manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti.

Induktif
Perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki. Meskipun perbezaan pandangan itu lumrah dan perlu diraikan, pelajar harus tahu dimana mereka perlu bersatu. Pertikaian yang berpanjangan tidak akan membawa mereka kemana-mana

Deduktif kompleks
Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi. Apa yang penting jelasnya, kepercayaan pelajar terhadap sistem yang dilaksanakan. Tegas beliau, apa jua sistem yang terbaik di dunia jika tidak didukung dengan kenyakinan, ia pasti mengundang masalah.

Perenggan Pengenalan-Teknik yang digunakan

Kontras masa
Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh dijadikan contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal.

Perenggan Penutup
Sudah tiba masa perjuangan dan gerakan pelajar wajar disorot melampaui horizon pemilihan MPP. Jika ia berlaku, kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang mempunyai potensi lebih besar. Mungkinkah ini satu inovasi yang perlu dilaksanakan?

Perenggan Transisi.

Perenggan Dialog.
Sudut pidato yang kini dibenarkan semula pelaksaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. Nmun, saya berpendapat gaya pengucapan untuk Sudut Pidato tidaklah perlu terikut atau terikat dengan gaya pidato atau debat seperti dalam pertandingan. Gaya yang bersahaja juga santai tetapi membawa isu yang bernas dan berasas juga boleh diterima.

Ciri Perenggan yang baik

Kepautan
Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal. Perbezaan pandangan dan hujah dalam persaingan untuk meraih sokongan misalnya adalah sebahagian daripada rutin menarik yang mewarnai pemilihan MPP saban tahun.

Kejelasan
Pemilihan MPPM ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila kali kedua pelaksanaannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu. Sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukkan bagi kawasan kampus, manakala lapan kerusi diagihkan bagi bagi kawasan fakulti.

Kesatuan
Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, nertanggungjawab dan budiman. Lebih penting, mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.

Teknik menstruktur idea

Teknik sebab dan akibat
Mungkin sedikit mengecewakan ialh pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.

Teknik Proses
Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan kali ini disifatkan agak 'panas' kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Teknik Definisi
Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan latang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan yang dan akses maklumat yang mereka peroleh.

Isnin, 4 Oktober 2010

KRITIKAN ULASAN IKLAN HARI RAYA

Watak Adibah Nor dan seorang lelaki yang bertumbuh gempal

PLOT

Watak dalam iklan ini dihidupkan oleh Adibah Nor sebagai pemandu teksi dan juga seorang lelaki yang bertubuh gempal yang baru pulang dari luar negara. Lelaki tersebut merupakan penumpang teksi adibah nor. Lelaki tersebut menyuruh Adibah Nor menghantarnya ke Kuala Pilah.Semasa dalam perjalanan, Adibah Nor memulakan bicara dan bertanya kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut menjawab yang dia baru pulang dari London melalui menggunakan loghat London. Seterusnya Adibah bertanya lagi sudah berapa lama tinggal di London? Lelaki tersebut menjawab tanpa jelas selama sepuluh hari. Dalam perjalanan, Adibah tiba-tiba menghentikan teksinya dan menyuruh lelaki tersebut berganjak ke sebelah tepi bahagian tempat duduk belakang. Adibah memecahkan kesunyian dengan memasang lagu raya untuk menghiburkan hati. Lelaki itu terhibur tetapi sukar untuk mengakuinya.

Adibah memohon maaf di atas masalah teknikal penghawa dingin teksinya kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut kepanasan lalu menanggalkan bajunya untuk mengurangkan kepanasan. Lelaki tersebut tertidur. Adibah hanya tersenyum melihat lelaki tersebut. Dalam perjalanan tiba-tiba Adibah menekan brek kereta teksinya dengan tiba-tiba. Lelaki tersebut terkejut sambil berkata dalam loghat Kuala Pilah "apo kono iden?". Adibah dengan loghat London mengatakan "tak ada apa-apa encik, itu kerbau lintas jalan" sambil tersenyum. Adibah meneruskan ke destinasi dan akhirnya senja menjelma baru mereka tiba. Adibah mengangkat barang lelaki tersebut dan bersalam dengannya sambil mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"

PENGHAKIMAN
-Bagi pendapat saya, iklan ini boleh ditonton oleh semua lapisan golongan. Hal ini kerana tidak terdapat unsur-unsur kekerasan mahupun keganasan. Malah kanak-kanak juga boleh menonton. Tambahan pula terselit kelucuan yang ditimbulkan oleh kedua-dua watak. Malah iklan ini turut menyelitkan unsur mengajaran supaya kita janganlah lupakan bahasa kita sendiri walaupun berada jauh di perantauan. Contohnya jelas dapat dilihat menerusi lelaki bertubuh gempal yang bercakap dalam loghat London meskipun berada di London selama sepuluh hari sahaja. Ini menggambarkan bahawa lelaki tersebut mahu menonjol-nonjolkan atau membesar-besarkan keberadaan dirinya di London. Selain itu, terselit nilai-nilai murni yang dapat dilihat menerusi watak Adibah Nor walaupun Adibah tidak mengenali lelaki tersebut. Hal ini dapat dilihat di mana Adibah mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN".